Siswazah Menganggur. Patut ke?? - Part 2

, , Monday, August 04, 2008 2 comments

Salam sejahtera.


Tulisan saya kali ni saya nak gunakan bahasa yang lebih "bersopan" sikit la. Daripada istilah "aku" saya gunakan "saya".

Baiklah.

Masih lagi pasal isu siswazah menganggur. Kalau dalam post sebelum ini ada saya kemukakan mengenai siswazah menganggur. Saya pasti masih ramai dikalangan siswazah di luar sana yang masih belum berkerja.

Ingin saya katakan.

Wahai kawan-kawan. Banyak benar pekerjaan di luar sana. Cuma anda rajin, san tidak memilih kerja, pasti ada tempat untuk anda.

Ada beberapa peluang pekerjaan yang saya tahu dan mungkin juga anda tahu tapi buat-buat tak tahu atau mungkin tak nak ambil tahu sebab dalam minda anda cuma ada untuk bekerja yang pakai kemas-kemas, dalam aircond, peergi kerja pukul 8 pagi balik pukul 5 petang. Saya tak katakan itu salah. Tidak. Tapi cuba fikirkan, kalau anda bekerja sementara menuggu yang "makan gaji" tu, apa salahnya anda cuba beranikan diri, ambil peluang untuk mencuba perniagaan yang paling mudah. Beniaga apa?

Terpulang. Saya ada terbaca di forum-forum. Banyak pekerjaan yang boleh datangkan duit. Kalau anda pelajar, ada peniagaan cara pelajar. Oh.. Kenapa ya saya sentuh isu berniaga?? Sebenarnya dengan cara berniaga sahaja anda akan dapat duit on-the-spot. Tak pecaya?

Saya pernah berniaga di pekan hari sebenarnya. Hehe.
Nak kongsi pengalaman ni.

Dulu masa saya cuti semester, biasa la. Lepak kat rumah 2-3 hari. Kebetulan, petai kat pokok tu dah tua. Apa lagi, saya pun panjat la pokok petai tu(Hehe. Ingat ape??). Pokok tu ada la dalam 20-25 meter tingginya. Gayat jugak tu.. Kait la petai satu-satu. Kena ada teknik nak kait dan turunkan dari pokok yang tinggi tu sebab kalau tersalah petai tu rosak. Bila rosak dah tak "cantik" la orang tengok nak beli.

Dah siap memanjat apa semua, kumpul-kumpul, dapat la dalam 200 keping (dalam 20 ikat 10 keping). Lepas mak ikat-ikat bawak la masuk lori abang saya.

Esoknya saya pergi ke pasar tani di Sungai Petani. Kat mana? Tak yah la bagitau. Hehe. So, dengan adanya satu stand besi yang biasanya orang sangkut-sangkut asam, tu, hah. Yang tu la saya gunakan untuk sangkut petai. Hehe. Semangat tak semangat saya pergi pasar hari tu pukul 7 pagi. Hoho..

Memang malu/segan jugak la mula-mula nak berniaga ni. Hehe. Macam saudara Azly dan Zhafran cakap la. Memang malu kalau tak pernah berniaga ni. Hehe. Tapi semangat nak berniaga ni, tebalkan muka jugak la.

Dah siap bawak turun stand, saya pun sangkut la petai ni satu-satu kat jejari stand tu. Bila dah siap sangkut, wah.. penuh stand tu. Padat. Memang kalau tengok daripada jauh, memang "terliur" la orang nak beli. Hehe.

Saya pun duduk la atas kerusi sambil kemas-kemaskan petai yang nampak macam tak berapa cantik dipandang. I mean, yang kedudukan dia tak betul la.

Tiba-tiba datang satu customer tanya petai saya ni.

"Berapa seikat ni dik?" Tanya kak itu.

"Seikat 6 ringgit kak. 10 Keping. Baru ambik petang semalam ni kak." Kata saya.

Akak tu pun pilih-pilih la yang matanya(petai) besar-besar. Hehe. Takpe la. Dia datang dulu.

"Bagi akak yang ni ey." Katanya.

Saya pun ambik la petai tu dan masukkan dalam plastik.

"Terima kasih ey akak."

Akak tu senyum je la.

Wahh... Ni first RM6 saya dapat. Hehe. Hari masih awal. Baru jam 7.30 pagi. Semangat masih lagi ni.

Tapi masa saya jual-jual tu, tak pulak la jerit-jerit "Petai.. Petai.." Hehe.
Yerla. First time kan.

Masa punya syok berniaga tu, tiba-tiba datang la sorang pakcik ni.

"Adik. Pak Cik nak beli petai adik ni semua sekali, berapa adik nak jual?" Tanya seorang pakcik yang juga berniaga disitu.

"Errrr.. Err..." Saya tak tau nak cakap apa.

Saya pun tanya la abang saya.

Abang saya cakap.

"Adik datang sini nak belajar berniaga kan. Kalau nak jual kat pakcik tu, tak yah la nak belajar berniaga sendiri".

Betul jugak tu.

Saya pun cakap la kat pakcik tu. Saya nak berniga sendiri.

Lagipun saya fikir, kalau jual kat pakcik tu, mesti dia nak harga murah sikit. Mungkin dalam RM5 seikat.

Ahhh.. Aku nak berniaga.

Lepas tolak pelawaan pakcik tu aku pun terus la berniaga.

Dalam pukul 9 pagi macam tu, pakcik tu pun datang la minum kat gerai sebelah tempat saya berniaga. Perniagaannya ada orang lain yang jaga agaknya.

Pak cik tu pun berbual-bual la dengan pelanggan kat situ.

"Aku tengok kulit petai ni pun dah dapat agak dan ni petai ni berulat." Katanya.

Aeleeeehh.. Pak Cik ni.. Rasa macam nak kata ja.

"Pak Cik. Ni petai pokok saya sendiri. Alhamdulillah dan 15 tahun saya makan tak pernah jumpa ulat. Yang pakcik cakap macam tu apasal? Jeles?" Rasa macam nak cakap macam tu saja kat depan dia. Tapi, tak pela. Pelanggan saya tau sebab diorang yang beli.

Ini lah orang Melayu. Ya.. Melayu. Jeles tengok bangsa sendiri buat business, berniaga. Kalau bangsa lain, oh... tatang... Tak apa ar apek. Nanti wa datang lagi. Bodek sikit dengan apek dah jadi customer tetap. Huh.. Melayu.

Pendekkan cerita, saya berniaga kat situ sampai jam 11 pagi. Alhamdulillah, 2/3 daripada petai saya tu, habis dijual. Berapa saya dapat? Jom kita kira

200 keping = 20 ikat (10 keping setiap satu)
20 ikat
Seikat RM6

2/3 x 20 = dalam 14 ikat = RM 6 x 14 ikat = RM 84

Berapa jam saya bekerja??

11.00 pagi - 7.30 pagi = 3 jam 30 minit lebih kurang saya dapat RM 84

Hahaha

Memang semangat. Yang saya bestnya, ada jugak kaum Cina dan India datang beli petai. Diorang pun tau makan jugak. Hehe.

Pelanggan biasa la. Kadan-kadang ada yang tanya.

"Dik, petai padi ada tak?"

"Oh, tak ada la akak. Ni petai dulang ja"

Petai dulang ni matanya besar-besar sikit.

Tapi kadang-kadang tu best jugak jual-jual kat pasar tani ni. Boleh jumpa orang. Mana tau kalau boleh jumpa jodoh jugak. Hehehe..

So, saya pulang hari tu dengan gembira la. Masih ada yang tinggal, saya simpan untuk esok. Petang tu saya balik lagi ambil petai yang baru untuk esok pula. Petai yang semalam saya jual dengan harga RM5 untuk 10 keping. Yang baru saya jual RM6.

Hm.. Begitulah kisah saya jual petai. Wahhh. Panjang cerita. Huhu.

So, semasa saya cuti tu, itu saya jumpa peluang. Jadi rugi kalau saya tak ambil peluang tu.

Jadi kesimpulannya, lihatlah peluang. Gunakan peluang yang ada untuk kita buat duit.

Saya yakin, isu pengangguran tak akan berlaku jika kita kreatif dan berani, sanggup ambil risiko serta guna peluang sebaik mungkin. Insyaallah.

Saya akan tambah lagi untuk post yang akan datang.

Terima kasih kerana sudi membaca hingga habis.
Kepada yang belum baca post saya yang lepas, boleh bacanya di sini.


Aku suka Blogspot berbanding Wordpress

, Saturday, August 02, 2008 0 comments

Salam Hormat.


Hari ni aku terlintas hati nak share dengan korang kenapa aku prefer guna blogspot bendanding dengan wordpress. Bagi aku yang beginner dalam dunia blogging ni, banyak juga la research yang aku dah buat (tapi tak dapat la nak dibanding dengan otai-otai kat luar sana tu) pasal blogspot ni. Contohnya, macam mana nak romove Navbar yang kat atas supaya blog kita nampak lebih pro (Achee...). Macam mana nak create banner sendiri untuk blogspot. Macam mana nak letak post comment yang kat bawah lepas post tu (biasanya wordpress ada la macam ni). Macam mana nak Letak New Post atau New Comment kat blog supaya senang orang tengok apa yang baru diupdate dalam blog kita. Macam mana nak letak keyword, metadata dalam blogspot(ya ada..) yang membantu untuk Search Engines Optimization (SEO), dan banyak lagi la yang akan aku share dengan korang nanti. Hehe. Aku tak la tau sangat. Tapi melalui pembacaan, ada jugak terjumpa. So..


Berbalik kepada tajuk. Kenapa aku suka blogspot berbanding wordpress.

1. Boleh Letak Adsense (External)
Nak letak adsense kat blogspot memang tak susah. Setahu aku la, kalau wordpress memang tak boleh kan kalau nak letak adsense ke, atau yang berkaitan dengannya kecuali kita dah ada domain name sendiri. (Aku cakap macam ni sebab aku tak tau pasal wordpress sangat. Jangan marah Smartzul. :) ). Tak apa la. Kalau dah diri kita rasa senang nak guna wordpress, guna la kan. Tak ada hal punya. Boleh letak code adsense yang diambil direct daripada Adsense Account (bukan dalam blogspot).

2. Boleh tukar Banner Sendiri
Yang kedua ni aku suka sebab aku boleh design sendiri banner kemudian boleh letak banner yang aku design tu. So, nampak nice sikit kan. Haha. Macam poyo la pulak. Kalau wordpress, aku tak sure. Mungkin agak susah (memang la susah sebab kita tak pernah nak ambil masa untuk mengenalinya. Tak kenal maka tan cinta kan.. Aku baru sikit-sikit kenal Blogspot. :)).

3. Template Senang Nak Dapat dan Install.
Template untuk blogspot sekarang ni menang tak susah nak dapat. Melambak kat intenet. Just taip ja mesti dapat. Tapi keyword dia tu mesti la yang berkaitan. Kunk lain pulak yang terkeluar.

4. Automatik Link Dengan Google (Google Adsense)
Secara tidak langsung, bila register Blogspot dengan email google, kita akan dapati "Add Page Elemet" ada Adsense. So, lebih senang la.

5. HTML/Javascript
Hah.. Ini yang paling penting, sebab tanpa widget ni, memang tak leh nak letak sebarang component dari luar. Blogspot ada sedikan yang ni. :)

6. Themes yang Mudah Di Edit, Customize
Seperti yang aku cakap tadi la. Memang banyak themes kat luar sana dan boleh di edit codenya. So, lebih senang untuk kita pelbagaikan blogspot.

Nampaknya itu saja la yang aku nak kongsikan dalam post kali ni. Insyaallah, untuk post yang akan datang aku akan share dengan korang lain-lain tips pulak. Thanks. :)

Apakah Punca-punca Pengangguran di Kalangan Siswazah?

, 0 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jumpa lagi kita kali ni. Hm.. Begitulah persoalannya. Apakah Punca Punca Pengangguran di Kalangan Siswazah?

Terlintas di fikiran aku untuk cari sedikit info pasal tajuk ni untuk dikongsikan bersama korang semua. Cari punya cari, terjumpalah satu kajian yang dibuat oleh DR. SITI HAWA MOHD, Kuala Lumpur yang bertajuk Sikap Buruk Punca Pengangguran.
Biar aku quote sikit daripada penulisannya.

SAYA merujuk surat khabar Utusan Malaysia 12 Julai lalu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada masa ini terdapat 74,000 jawatan kosong dan 30,000 daripadanya terbuka untuk diisi oleh siswazah.

Saya terpanggil berkongsi pengalaman. Isu di sini ialah mengapa terdapat rakyat Malaysia menganggur? Sebenarnya banyak syarikat memerlukan tenaga pekerja dengan jumlah yang banyak. Dalam hal ini, cuba kita kaji orang kita (bukan semua). Terdapat ramai rakyat Malaysia (bukan semua) yang mempunyai satu sikap yang merugikan.

Ada yang tidak komited dengan kerja. Apabila ditanya mengapa mereka tidak hadir kerja, mereka memberi alasan yang tidak boleh diterima saperti terlupa atau tertidur. Mereka tidak akan telefon majikan kalau tidak hadir. Pernah seorang staff menipu memberi alasan yang sama bahawa tidak datang kerja sebanyak empat kali oleh kerana nenek meninggal(alasan bo**h). Memberi sijil tipu memang biasa.

Ada yang terlalu memilih. Ada yang meminta pekerjaan yang mereka tidak layak. Ada yang menipu berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan selepas berjaya dalam temu duga memberitahu mereka ada ijazah. Semasa bekerja mereka kurang bertanya. Mereka puas hati membuat apa yang perlu sahaja. Mereka tidak proakif.

Sekira ditegur oleh majikan mereka cepat terasa dan ada yang akan berhenti kerja. Menerima teguran secara positif dengan hati terbuka adalah sebahagian adat kerja.

Mereka tidak rasa bersalah memakan barang kedai, meminta makanan daripada pembekal, mengguna barang kedai atau mencuri barang kedai, termasuk pada bulan Ramadan.

Ada yang sunggup tidak bekerja, walaupun ada isteri, anak dan perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka kata mereka boleh mengharap gaji isteri. Mereka kata mereka boleh balik kampung. (Baca Lagi)

Jadi, memang tak salah lagi la. Orang kita ni masih belum mampu berdikari. Masih belum bersedia menghadapi cabaran alaf-21. Hahaha... Aku tau.. Korang mesti gelak. Aeleehh Mamat ni.. Ko tu dah keje ke? Dah perfect ke nak betul-betulkan orang, tegur-tegur orang. Oppsss.. Aku terpaksa tutup mulut. Tapi tak ada orang yang boleh halang aku nak tulis kat blog ni. Hahaha.

Bukan maksud aku nak saja-saja kutuk. Cuma nak ingatkan. Nak ingatkan diri aku jugak la. Aku pun macam korang jugak. Manusia. Makan nasik.

Ok. Aku list balik beberapa punca kepada Pengangguran siswazah ni.

1. Tidak Komited dengan kerja
2. Terlalu Memilih Kerja
3. Mintak kerja yang diorang tak layak (sapa nak bagi)
4. Menipu (Huh)
5. Kurang Bertanya
6. Tidak proaktif
7. Tak boleh ditegur (cepat terasa)

Banyak lagi la.

Kalau korang rasa ada lagi, post-post komen. Aku pun nak tau jugak. Huhu.

Siswazah Menganggur. Patut ke?? - Part 1

, , 0 comments

Saban hari kita pasti mendengar kisah-kisah pelajar yang graduate lepasan universiti menganggur. Dan yang paling menyedihkan tu, banyak pulak yang dikatakan menganggur tu dikalangan pelajar yang ambil bidang ICT (yer la. Aku pun ambik ICT). Sepanjang pengalaman aku kat univesiti ni, (kebetulan aku ambik Multimedia,) aku rasa banyak kot peluang untuk diterokai. Sebagai contoh. Laman web. Kat luar sana tu, mean USlah contoh yang senang nak bagi sebab semua orang tau kot Amerika. Diorang punya laman web (terutama dibuat dengan menggunakan Flash,) dah power kot.. Kalau nak dibandingkan dengan kita ni kat Malaysia. Bukan nak kata kat Malaysia ni tak ada. ada. So diorang jadikan tu sebagai peniagaan. Tu satu contoh la. Contoh..

Berbalik pasal siswazah menganggur ni. Bagi aku la, siswazah kita tak sepatutnya menganggur. Sebab? Hm.. Aku nak share la sikit pasal apa yang aku baca buku Chef Li (Biar Kecil Asal Berhasil.) Buku ni memang menyentuh perasaan aku(bukan sedih sangat la) tapi terasa dan terfikir. Kenapa siswazah yang lepas gred ni bila keluar mesti nak kerja dengan orang lain. Bukan salah. Tak salah keja dengan sapa-sapa. Bagus jugak boleh dapat pengalaman. Tapi yang duduk kat rumah, tunggu orang panggil. Dah dapat, tak nak pegi pulak. Kenapa? Tak minat la, tak sesuai la. Tak berkaitan dengan apa yang belaja kat universiti dulu la. Tu mungkin alasan-alasan yang akan diberi la kot. Huhu.

Pihak kerajaan pulak ada jugak bagi peluang untuk orang Melayu (Biasa la. Agak Ketinggalan berbanding dengan bangsa lain terutama dalam bidang ekonomi), punya la nak suruh orang Melayu ni buat business. Ops.. Mungkin takut bila dengar perkataan "Business" sebab nampak macam WOW!! Income banyak tu kalau buat business. Modal pun besar nak kena keluar. Risiko lagi. Kerajaan dah buat, Pinjaman Tekun la, apa lagi la. Banyak. Tapi orang kita tak pandai nak ambik peluang tu atau kesempatan tu untuk susah sedikit dan senang kemudian.

Ekonomi Malaysia memang bangsa bukan Melayu dah pegang. Contoh?? Huhu.. Malas nak cakap la. Masa aku intern kat satu company kat KL tahun lepas. Aku kena buat research pasal company-company yang kat Malaysia ni la. Kena cari nama CEO, GM, apa semua pasal company tu. Boleh kata dalam sehari tu dalam 50-70 list company yang lengkap. Apa yang aku tengok, Setiap hari, 50 list company yang aku dapat tu, GM, CEOnya ialah "chayanunalif". Ya.. Tak pun "adeyy". Betul.. tu CEO, GM. Belum kira yang orang bawah-bawah lagi. Bukan staff, kerani-kerani, yang bawah CEO, GM tu ada lagi "chayanunalif" dengan "adeyy" tu.. Ada la jugak orang kita. Ada. Tapi boleh kira dengan jari.

Huh. Aku benti katsini dulu la. Ngantuk. Nanti aku post lagi. Banyak jugak lagi ni nak cita. Anyway. Thanks sebab sudi baca sampai habis. :-)

GlossyBlue Blogger Edit by Baseri MN.
Entries RSS Comments RSS