Aku suka Blogspot berbanding Wordpress
Customize Blogspot, Tips Saturday, August 02, 2008Salam Hormat.
Hari ni aku terlintas hati nak share dengan korang kenapa aku prefer guna blogspot bendanding dengan wordpress. Bagi aku yang beginner dalam dunia blogging ni, banyak juga la research yang aku dah buat (tapi tak dapat la nak dibanding dengan otai-otai kat luar sana tu) pasal blogspot ni. Contohnya, macam mana nak romove Navbar yang kat atas supaya blog kita nampak lebih pro (Achee...). Macam mana nak create banner sendiri untuk blogspot. Macam mana nak letak post comment yang kat bawah lepas post tu (biasanya wordpress ada la macam ni). Macam mana nak Letak New Post atau New Comment kat blog supaya senang orang tengok apa yang baru diupdate dalam blog kita. Macam mana nak letak keyword, metadata dalam blogspot(ya ada..) yang membantu untuk Search Engines Optimization (SEO), dan banyak lagi la yang akan aku share dengan korang nanti. Hehe. Aku tak la tau sangat. Tapi melalui pembacaan, ada jugak terjumpa. So..

Berbalik kepada tajuk. Kenapa aku suka blogspot berbanding wordpress.
1. Boleh Letak Adsense (External)
Nak letak adsense kat blogspot memang tak susah. Setahu aku la, kalau wordpress memang tak boleh kan kalau nak letak adsense ke, atau yang berkaitan dengannya kecuali kita dah ada domain name sendiri. (Aku cakap macam ni sebab aku tak tau pasal wordpress sangat. Jangan marah Smartzul. :) ). Tak apa la. Kalau dah diri kita rasa senang nak guna wordpress, guna la kan. Tak ada hal punya. Boleh letak code adsense yang diambil direct daripada Adsense Account (bukan dalam blogspot).
2. Boleh tukar Banner Sendiri
Yang kedua ni aku suka sebab aku boleh design sendiri banner kemudian boleh letak banner yang aku design tu. So, nampak nice sikit kan. Haha. Macam poyo la pulak. Kalau wordpress, aku tak sure. Mungkin agak susah (memang la susah sebab kita tak pernah nak ambil masa untuk mengenalinya. Tak kenal maka tan cinta kan.. Aku baru sikit-sikit kenal Blogspot. :)).
3. Template Senang Nak Dapat dan Install.
Template untuk blogspot sekarang ni menang tak susah nak dapat. Melambak kat intenet. Just taip ja mesti dapat. Tapi keyword dia tu mesti la yang berkaitan. Kunk lain pulak yang terkeluar.
4. Automatik Link Dengan Google (Google Adsense)
Secara tidak langsung, bila register Blogspot dengan email google, kita akan dapati "Add Page Elemet" ada Adsense. So, lebih senang la.
5. HTML/Javascript
Hah.. Ini yang paling penting, sebab tanpa widget ni, memang tak leh nak letak sebarang component dari luar. Blogspot ada sedikan yang ni. :)
6. Themes yang Mudah Di Edit, Customize
Seperti yang aku cakap tadi la. Memang banyak themes kat luar sana dan boleh di edit codenya. So, lebih senang untuk kita pelbagaikan blogspot.
Nampaknya itu saja la yang aku nak kongsikan dalam post kali ni. Insyaallah, untuk post yang akan datang aku akan share dengan korang lain-lain tips pulak. Thanks. :)

0 comments:
Post a Comment