Apakah Punca-punca Pengangguran di Kalangan Siswazah?
Siswazah Menganggur, Untuk Renungan Bersama Saturday, August 02, 2008Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Jumpa lagi kita kali ni. Hm.. Begitulah persoalannya. Apakah Punca Punca Pengangguran di Kalangan Siswazah?
Terlintas di fikiran aku untuk cari sedikit info pasal tajuk ni untuk dikongsikan bersama korang semua. Cari punya cari, terjumpalah satu kajian yang dibuat oleh DR. SITI HAWA MOHD, Kuala Lumpur yang bertajuk Sikap Buruk Punca Pengangguran.
Biar aku quote sikit daripada penulisannya.
SAYA merujuk surat khabar Utusan Malaysia 12 Julai lalu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada masa ini terdapat 74,000 jawatan kosong dan 30,000 daripadanya terbuka untuk diisi oleh siswazah.
Saya terpanggil berkongsi pengalaman. Isu di sini ialah mengapa terdapat rakyat Malaysia menganggur? Sebenarnya banyak syarikat memerlukan tenaga pekerja dengan jumlah yang banyak. Dalam hal ini, cuba kita kaji orang kita (bukan semua). Terdapat ramai rakyat Malaysia (bukan semua) yang mempunyai satu sikap yang merugikan.
Ada yang tidak komited dengan kerja. Apabila ditanya mengapa mereka tidak hadir kerja, mereka memberi alasan yang tidak boleh diterima saperti terlupa atau tertidur. Mereka tidak akan telefon majikan kalau tidak hadir. Pernah seorang staff menipu memberi alasan yang sama bahawa tidak datang kerja sebanyak empat kali oleh kerana nenek meninggal(alasan bo**h). Memberi sijil tipu memang biasa.
Ada yang terlalu memilih. Ada yang meminta pekerjaan yang mereka tidak layak. Ada yang menipu berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan selepas berjaya dalam temu duga memberitahu mereka ada ijazah. Semasa bekerja mereka kurang bertanya. Mereka puas hati membuat apa yang perlu sahaja. Mereka tidak proakif.
Sekira ditegur oleh majikan mereka cepat terasa dan ada yang akan berhenti kerja. Menerima teguran secara positif dengan hati terbuka adalah sebahagian adat kerja.
Mereka tidak rasa bersalah memakan barang kedai, meminta makanan daripada pembekal, mengguna barang kedai atau mencuri barang kedai, termasuk pada bulan Ramadan.
Ada yang sunggup tidak bekerja, walaupun ada isteri, anak dan perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka kata mereka boleh mengharap gaji isteri. Mereka kata mereka boleh balik kampung. (Baca Lagi)
Jadi, memang tak salah lagi la. Orang kita ni masih belum mampu berdikari. Masih belum bersedia menghadapi cabaran alaf-21. Hahaha... Aku tau.. Korang mesti gelak. Aeleehh Mamat ni.. Ko tu dah keje ke? Dah perfect ke nak betul-betulkan orang, tegur-tegur orang. Oppsss.. Aku terpaksa tutup mulut. Tapi tak ada orang yang boleh halang aku nak tulis kat blog ni. Hahaha.
Bukan maksud aku nak saja-saja kutuk. Cuma nak ingatkan. Nak ingatkan diri aku jugak la. Aku pun macam korang jugak. Manusia. Makan nasik.
Ok. Aku list balik beberapa punca kepada Pengangguran siswazah ni.
1. Tidak Komited dengan kerja
2. Terlalu Memilih Kerja
3. Mintak kerja yang diorang tak layak (sapa nak bagi)
4. Menipu (Huh)
5. Kurang Bertanya
6. Tidak proaktif
7. Tak boleh ditegur (cepat terasa)
Banyak lagi la.
Kalau korang rasa ada lagi, post-post komen. Aku pun nak tau jugak. Huhu.

0 comments:
Post a Comment